Kami sangat menitikberatkan soal perlindungan Data Peribadi anda dan meletakkan soal perlindungan maklumat kerahsiaan anda pada tahap tertinggi.
Dasar Kerahsiaan ini menerangkan terma-terma umum tentang bagaimana cara kami melindungi kerahsiaan Data Peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
GMH Trading and Marketing Sdn Bhd TIDAK akan menjual, berkongsi atau perdagangkan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpulkan dalam talian dengan pihak ketiga.
Apabila anda membuat akaun di laman web gmh.com.my maklumat peribadi anda yang kami kumpul mungkin termasuk:
Nama
Alamat penghantaran
Alamat emel
Nombor telefon
Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda akan digunakan dalam sebahagian atau semua cara-cara berikut:
Untuk menyampaikan produk yang anda beli dari gmh.com.my
Untuk mengemas kini kepada anda penyampaian produk dan untuk tujuan sokongan pelanggan
Untuk menyediakan anda dengan maklumat produk yang berkaitan
Untuk memproses pesanan anda dan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui laman web kami.
Seterusnya, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk mentadbir akaun anda dengan kami
mengesahkan dan menjalankan urus niaga kewangan berkaitan dengan pembayaran-pembayaran dalam talian; mengaudit memuat turun data dari laman web kami;
memperbaiki bentangan dan / atau kandungan muka surat laman web kami dan menyesuaikan mereka untuk pengguna
mengenal pasti pelawat di laman web
Menjalankan kajian demografi pengguna kami
menghantar maklumat anda kami fikir anda mungkin dapati berguna atau yang anda minta dari kami, termasuk maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami, dengan syarat anda menunjukkan bahawa anda tidak membantah dihubungi untuk tujuan ini.
Kami boleh memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk membuat penghantaran produk kepada anda (sebagai contoh untuk penghantaran kami).
Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web gmh.com.my, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar pemasaran dan / atau bahan promosi dari semasa ke semasa
Cara Mengumpul Maklumat Peribadi
Dasar Kerahsiaan ini merangkumi mana-mana Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami apabila anda membuat tempahan dengan kami dan daftar masuk.
Alamat IP Kami menggunakan alamat IP pengunjung untuk membantu mengenal pasti masalah berkaitan pelayan (server) kami dan untuk mentadbir laman web kami. Alamat IP pengunjung juga digunakan untuk membantu mengenal pasti maklumat keahlian dan mengumpul maklumat demografi umum.
Borang Maklum Balas Pelanggan Borang Maklum Balas Pelanggan kami memerlukan anda memberikan maklumat peribadi (contohnya nama dan alamat e-mel) bagi memudahkan pihak kami memberi maklum balas terhadap aduan dan ulasan yang anda kemukakan. Kami juga menggunakan maklumat perhubungan anda yang dikemukakan di dalam borang pendaftaran untuk menghantar maklumat tentang syarikat kami. Maklumat perhubungan anda juga digunakan untuk menghubungi anda apabila perlu. Data demografi dan profil pengunjung juga dikumpul di laman web kami. Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk mensesuaipadankan pengalaman anda di laman web kami, dengan menunjukkan kandungan yang mungkin memenuhi minat anda dan memaparkan kandungan mengikut pilihan anda
Data Peribadi Anda
Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan”):
Untuk memudahkan urusan proses tempahan anda.
Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda sendiri dan/atau pelanggan lain;
Untuk menyiasat dan menjawab tuntutan anda; atau
Untuk mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan.
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang Data Peribadi anda, menghadkan pemprosesan, mengemas kini atau meminda Data Peribadi anda, seperti yang di bawah:
Untuk pelanggan berdaftar di dalam talian, anda boleh log masuk ke akaun di dalam laman web kami dan mengemas kini Data Peribadi anda, atau:
Bagi setiap pelanggan yang lain, anda boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar e-mel kepada sales@gmh.com.my .
Kami akan berusaha untuk memberikan maklum balas kepada anda dengan seberapa segera. Namun, kami juga berhak untuk mengesahkan semua permohonan untuk memastikan kesahihan permohonan.
Menarik Balik Persetujuan
Sila ambil perhatian bahawa adalah wajib bagi kami untuk memproses Data Peribadi anda, bagi memastikan kelancaran proses tempahan anda, dan memastikan anda mendapat maklumat terkini tempahan
Pendedahan Maklumat Peribadi
Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan mana-mana organisasi lain selain daripada syarikat-syarikat berkaitan, anak syarikat dan pihak-pihak ketiga yang berkaitan terus dengan penghantaran produk yang anda beli dari laman web Gmh.com.my. Dalam keadaan luar biasa kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila ada alasan untuk mempercayai bahawa pendedahan adalah perlu untuk mengelakkan ancaman kepada nyawa atau kesihatan atau untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang. Kami komited untuk mematuhi PDPA (Data Peribadi Akta Privasi 2010) dan prinsip-prinsip Privasi Kebangsaan.
Walau bagaimanapun, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar surat berita (Newsletter) daripada kami dan daripada syarikat-syarikat berkaitan kami.
Jika anda percaya privasi anda telah dilanggar oleh Gmh.com.my. Sila hubungi kami dengan segera.
Kami tidak akan memperdagangkan atau menjual Data Peribadi anda kepada pihak ketiga.
Tempoh Penyimpanan Data
Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih dari tempoh yang diperlukan untuk memenuhi “Tujuan”. Walau bagaimanapun, Data Peribadi yang berkaitan akan disimpan jika tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:
Apabila diperlukan atas urusan undang-undang;
Apabila wujud tindakan undang-undang, sama ada yang sedang berlangsung atau tertangguh.
Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan apabila tidak lagi diperlukan.
Pemberitahuan Perubahan
Sila ambil perhatian bahawa Dasar Kerahsiaan ini boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan; dan pengubahsuaian tersebut boleh digunapakai oleh anda. Versi terbaru Dasar Kerahsiaan ini akan disediakan untuk semua pelanggan. Sila rujuk kepada laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini Dasar Kerahsiaan.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami jika terdapat sebarang kemusykilan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda atau Dasar Perlindungan Data.