GMH Trading & Marketing adalah syarikat bumiputera yang telah didaftarkan pada 23 Mei 2007 sebagai sebuah syarikat perniagaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. GMH memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sambil menimba pengalaman sebagai pemborong, peruncit dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan.
Matlamat syarikat adalah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera pemborong, pengedar dan peruncit produk kesihatan dan kecantikan yang halal, suci dan selamat tanpa risiko kepada pengguna dengan harga yang berpatutan di pasaran domestik dan luar negara. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar produk yang telah mendapat sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Syarikat ini juga membuka peluang perniagaan borong dan runcit kepada golongan bumiputera agar dapat membina rangkaian bersama rakan niaga baru dan usahawan tempatan.